Rabu, 29 Ogos 2012

Disiplin

Disiplin.  Apa pendapat korang apabila mendengar perkataan tu.  Disiplin merupakan perasaan patuh dan taat terhadap nilai2 yg dipercaya termasuk melakukan perkara yg tertentu dan merupakan tanggungjawabnya.  Masalahnya aku ni memang orang yang tak berdisiplin.  Aku serba salah kerana aku tak berupaya untuk mengekalkan perkara yang patut aku lakukan.  Namun aku cuba untuk membanteras emosi dan nafsu yg jahat dalam diri aku iaitu MALAS.  Sekiranya aku malas aku takkan dapat apa yang aku mahukan.  Aku berdoa supaya tuhan menghilangkan sifat malas dalam diri aku.  Macam mana aku nak berjaya kalau aku malas!!!!! Macam mana aku nak gapai apa yg aku nak kalau aku malas.  Macam mana aku nak hidup bahagia dengan orang yg SPECIAL dalam hidup aku kalau aku malas.  Jadi BERAMBUSLAH !!!! SIFAT MALAS YG SELALU BERMAHARAJALELA dalam hati ini!!!!!!!!!!!!!!!!

Cabaran Premedic

29 Ogos 2012

Sudah dekat beberapa bulan aku tak menulis blog aku....Banyak perkara yg berlaku sewaktu aku tiada peluang menulis dalam blog aku...Aku sampai dah pergi Premedic di UPM  sampai aku dah habis Premedic tu sampai aku dah raya dekat 1 minggu baru aku nak tulis kat blog aku.  Raya tahun ni tak begitu seronok mungkin sebab ni kali terakhir...saya beraya kat Malaysia.  Ketika berada di Premedic aku belajar banyak benda aku belajar mengenai kesungguhan,kerajinan(yg takpayah belajar tapi diamalkan aku),basuh baju sendiri yg bertimbun macam gunung Everest...dan belajar mengenai pengorbanan..(sebak aku masa menulis perkataan ini.).  Aku telah membuat satu keputusan yg menyedihkan iaitu aku takkan berhubung ngan org yg aku sayangi dalam tempoh 8 tahun ini.  Kami berdua juga telah membuat satu perjanjian dan saya rasa amat gembira kerana dia memegang janji kami.  Saya rasa sangat gembira...dalam masa yg sama rindu.

Jumaat, 16 Mac 2012

Banyak tol halangan..

Hari ini memang adalah satu hari yg penuh ngan cabaran...nak tahu kenapa..?Sebab aku mengalami masalah untuk mensettingkan crsytal eye webcam aku....hahaha...Sebenarnya ceritanya camni..ada sorang kawan aku mintak untuk video chat ngan dia.  Itu merupakan kali pertama aku video chat ngan org lain. Tapi yg kelakarnya..aku nampak muka dia tapi tak nampak muka aku...memang tak acila...kesian kawan aku...aku tak tahu..apala masalahnya ngan kamera webcam tu....Aku nampak dia bersungguh nak video chat ngan aku...tapi masalahnya dia bole dengar suara aku je..sorry kawanku(Ehemm..).,,,Takpe nanti kalau ada rezeki kita chat lagi guna vid ya,,,,,hahahaha....Bye..nak tidur muahxoxox

Jumaat, 9 Mac 2012

Gagal

Semalam adalah satu hari yang amat menyedihkan kerana aku telah gagal pra ujian untuk mendapatkan lesen...memang sengal....tapi aku tak bole salahkan orang yang gagalkan aku sebab aku rasa itu memang salah aku...sedihnya....semalam .....UWAAAAAAAAAAAAAAA!!!!!!!!!!! aku ni memang emosional....

Jumaat, 13 Januari 2012

Cerita baru

Dalam nukilan yang lepas aku ada ceritakan pasal cinta aku yang menyedihkan(sob... sob..).  Tak payah sedih-sedihla Syafiqah.  Berlambak lagilelaki lain kat luar tu ko je tak nampak. Kepada orang yang memberi ulasan dalam hasil nukilan aku yang lepas terima kasih sangat2 aku amt menghargai ulasan tu sebab aku rasa kat bahagian itu sahaja yang ada ulasan.  Bila lagi nak dapat ulasan ? bosannya tapi aku rasa happy sebab sekurang-kurangnya ada orang baca.  Sekarang aku dahstar bawak kereta dalam latihan lagilah.  Pelbagai perkara yang aku hadapi sewaktu aku baru membawa kereta.  Guru yang mengajar aku membawa keretakomple aku bawak laju sangat sampai dia rasa nak kena buasir. Banyak kaliterenjut-enjut sebab tak tekan pedal clutch tol-tol.  Buat sesiapa yang baru nakstart kereta hati2 takut eksiden.  Setakat ini kereta yang aku bawak tak pernah terbabas atau termasuk dalam longkang.  Pada 9 Januari yang lepaspermohonan untuk masuk ke IPTA dan politeknik dah start dibuka.  Banyak sangat universiti yang hendak dipilih.

Rasa nak tercabut mata tengok maklumat mengenai IPTA sebab kena pilih universitiu yang kita nak masuk betul-betul.  Kena pilih universiti pilihan dan juga universitibackup.  Buat pembaca yang masih muda buatlah pilihan universiti impian awal-awal agar takterhegeh-hegeh macam akak ni yang baru nak cari maklumat.  Aku rindukan kawan-kawan aku where are you? I miss u.  SUSAHNYA JADI ORANG DEWASAAAAA!!!!![ni belum masuk universiti lagi hai.... syafiqah].  Bye bye terpaksa tamatkan nukilan di sini kerana bateri laptop hampir habis.

Rabu, 21 Disember 2011

Cinta sejati

Pernah tak korang semua jatuh cinta?  Mungkin ada orang yang mengalaminya dan mungkin ada orang yang tidak.  Sesetengah orang menganggap bahawa cinta itu sesuatu yang mengarut dan ada yang menganggap bahawa cinta itu adalah satu benda yang suci.  Ada orang yang banyak kali bercinta tapi tak pernah2 jumpa cinta sejati.  Ada yang jatuh cinta sekalije tapi terus dapat cinta sejati.  Siapa yang menentukannya suadah pastilah Allah.  Aku amat rindukan **** serius.  Sudah genap lima tahun aku sukakan dia masalahnya aku dah lama tak jumpa ngan dia.  Kadang2 aku terfikir sama ada aku masih sukakan **** atau aku sebenarnya tengah bercinta dengan masa silam(maksudnya adakah aku sukakan dirinya yang dahulu atau dirinya yang sekarang).  Kawan2 aku pelik kenapa aku amat sukakan dia.  Walaupun dia jauh dari pandangan aku aku dapat rasakan dia amat dekat dengan aku(Imaginasi bukan-bukan).  Aku dengar dari kawan bahawa **** Sudah ada girlfriend baru.  Saat pertama kali mendengarnya hati aku remuk berkecai tetapi setelah beberapa hari aku o.k balik.  Didalam hati aku masih ada cebisan harapan untuk dapatkan cinta ****.  Aku tidak kira apa orang lain cakap tapi di hatiku **** tetap nombor satu dan selama-lamanya nombor satu dalam hatiku insyaallah  (jikalau takda lelaki lain yang dapat tawan hati aku).  Aku ada nampak dalam drama kalau kita cintakan orang tu tapi orang tu tak cintakan kita kita hendaklah merelakan pemergiannya tapi aku rasa dalam realiti bukan main susah nak relakan. 

Sekiranya si ****  terbaca blog ini aku minta maaf sekiranya perbuatan aku ni menyakitkan hati kau.  Sesungguhnya aku teringin benar luahkan perasaan aku kat sini.  Dulu **** bersekolah bersama-sama ngan aku dulu.  Ada sorang kawan aku telah memberitahu perasaan hatiku pada ****.  **** mengatakan bahwa dia tidakdapat menerima perasaan aku sejak hari itu dia pasti akan menunjukkan wajah tidak senang dan jijik apabila melihat aku. Aku rasa sangat sedih sedih sangat. Tapi yang paling sedih apabila dia telah berpindah dari sekolah tanpa aku ketahui.  Dalam banyak2 hari dalam kehidupan aku ,aku rasa hati aku memang paling sedih nak mampus waktu tu.  Tapi aku menyedari sejak dia pergi result periksa aku makin meningkat.  Aku rasa aku punya result tak baik sewaktu dia ada kerana aku rasa dia telah mengganggu kefokusan aku untuk belajar.(Ada baik juga **** berpindah dari sekolah aku).  Namun aku masih berharap untuk berjumpa ngan dia.  **** kau patut menyedari sewaktu kau berpindah dari sekolah itu kau bukan sahaja membawa diri kau tanpa kau sedari kau juga turut membawa pergi benda lain iaitu HATIKU....

Selasa, 20 Disember 2011

Berjaya

Akhirnya aku berjaya menjalani Ujian undang-undang untuk mendapatkan lesen LDL(learning driving liscence).  Sukanya!!!(Takda sangat excitednya).  Semasa pergi Jaya Jusco terjumpa lak kawan lama iaitu Aida.  Rupa-rupanya dia pun baca blog aku ini.  Aku fikirsiapalah yang nak baca blog ni kalau **** baca blog aku ni best jugak.  Tapi aku rasa si **** takkan tahu kewujudan blog.  Rindu kat kawan-kawan aku kat sekolah menengah.  Miss u all ,terutamanya ****,Aida(Baru jumpa semalam),Aida Shazwina (Yang ni tak sama tau),Kathy,Kelly,Kristy,Hanna,dan pelajar-pelajar lelaki yang lain.  Dah lama tak kena kacau ngan Syazwan(korang jangan salah faham).  Aku rasa kehidupan aku dipenuhi dengan pelbagai aktiviti walaupun tak kerja part time.  Pagi-pagi dah kena bangun untuk masak.  Takut kalau mak asyik membebel je namun aku tahu dia membebel untuk kebaikan aku gak. Kalau aku tak belajar masak nanti kalau kat U, nanti siapa nak masak.  Mak aku cakap tak guna kalau pandai tapi tak reti masak anak kau nak makan apa pasir?  Aku rasa bagus juga kalau tolong di masak sekurang-kurangnya neuron otak aku ni ada jugak bersambung dan bercantum. Aku gerenti hampir 80% dari korang takkan ingat apa yang korang belajar kat sekolah masa musim cuti,(Bulan berfoya-foya la katakan). Kat sini aku nak bagi pesanan kepada calon SPM tahun hadapan belajarlah subjek untuk form 5 masa bulan cuti ini.  Kalau ada apa-apa subjek yang terkandas masa form 4 tu perbaikilah jangan tunggu sampai tahun hadapan.  Dikhuatiri otak anda akan jam tahun hadapan.  Bab form 5 takdalah panjang sangat tapi mengambil masa yang lama untuk dihabiskan.  Jadi aku ulang sekali jangan bazir masa.  Proses untuk belajar memang amat pahit seperti akar tetapi kejayaan yang akn diperolehi pasti manis bagaikan buah(Terpulanglah buah tu jenis pahit atau manis bergantung pada usaha korang kerja last minute memang buah tu pahitla bukan setakat akar je yang pahit).  Aku sekarang tengah berusaha untuk menghantar lukisan komik aku untukdinilai sama ada ia boleh diterbitkan atau tidak(tak tahulah boleh diterima atau tidak)  Aida cakap ada orang yang nama Balqis pandai lukis aku nak tengokkat FB aku jap buhbye comrade.